Tentang `Lelaki` :)



  • Lelaki adalah kaum yang lebih pemalu dari perempuan.  Mereka mungkin hebat dalam beberapa perkara , namun sifat pemalu adalah tinggi dalam beberapa perkara . Jika anda kurang keyakinan diri dan kurang bergaul dengan dia , dia tidak tahu anda berminat pada dia . Di sebabkan malu juga , dia tidak akan menegur anda jika anda bersikap tidak mesra kerana dia takut anda tidak akan layan dia semasa dia menegur anda .
  • Lelaki sentiasa berimpikan memiliki seorang wanita yang setia . Bagi mereka , wanita setia adalah aset paling berharga kerana wanita itu akan berada di samping mereka ketika susah dan senang .
  • Lelaki akan memilih wanita yang paling percaya pada dirinya . Bagi seorang lelaki , kepercayaan dan keyakinan dari wanita yang mencintainya adalah penting. Bagi mereka , wanita yang yakin pada diri mereka akan membuatkan mereka lebih semangat .